RAWATAN

Untuk merawat pesakit buasir, Hj Suhaimi menggunakan dua kaedah cara rawatan.  Pertama dengan menggunakan suntikan. Kedua menggunakan “Cryo Procedure”. Dengan menggunakan alat suntikan (Sclerosant Injection for Hoemorrhoids) buasir akan reput dan luruh dalam masa antara seminggu hingga 15 hari.

Bagaimanapun saya lebih suka menggunakan cara yang kedua iaitu menggunakan cara “Cryo Procedure” dengan alat-alat yang diperlukan terdiri daripada cryogen, alat forcep, rubber band dan gas cecair. Cara ini adalah dengan membekukan kawasan buasir dengan tembakan gas cecair menggunakan alat cryogun yang akan menyebabkan buasir reput dan gugur. Gas cecair yang ditembakkan itu mempunyai suhu -160 darjah Celcius.  Ia lebih sejuk dari ais tetapi hakikatnya wapnya terlalu panas hingga boleh mereputkan jari tangan,” cerita beliau.

RAWATAN menggunakan "Cryo Procedure" menurut Hj. Suhaimi, terpaksa dijalankan dengan pantas antara 20 minit ke setengah jam. Pesakit dibius terlebih dahulu supaya tidak terasa sakit apabila rawatan itu dijalankan. Dengan menggunakan peralatan forcep, buasir yang telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa biji mengikut ukuran besarnya, biasanya antara dua hingga tujuh atau lapan biji akan dijerut dengan lingkaran getah kecil. Setelah itu baru ditembak dengan cecair gas untuk mereputkannya. Proses rawatan cara ini menurut beliau, pesakit akan baik sepenuhnya dalam tempoh sebulan. Malam pertama setelah menjalani rawatan, pesakit akan berasa tidak selesa. Dengan menggunakan Cryogun, pengaliran darah ke buasir itu akan terhenti.

Kaedah proses suntikan pula dengan suntikan yang diberi nama “Sclerosant Injection” iaitu dengan menyuntikkan ubat pada buasir hingga ia reput dan gugur.  Proses ini boleh mengecut dan menggugurkan buasir dalam tempoh satu hingga dua minggu.  Cara ini pesakit akan merasakan kesakitan selama dua hingga tiga hari selepas rawatan,” jelas beliau.