CARA HIDUP atau perbuatan mengambil makanan secara tidak terkawal boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah penyakit buasir yang boleh dikesan ketika atau setelah membuang air besar.
|
Antara kesan awal yang dialami oleh pesakit yang disyaki menghidap penyakit itu ialah berasa pedih ketika membuang air besar serta berlaku pendarahan.
|
Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila pesakit terbabit kerap ke tandas dan ada sesuatu yang keluar daripada duburnya. Pada peringkat itu, keadaan mereka yang mengalaminya dianggap penghidap penyakit buasir peringkat kedua yang memerlukan rawatan segera bagi mengelak daripada mengalami kategori peringkat ketiga. Bagi mereka yang mengalami keadaan peringkat ketiga, pesakit perlu mengambil tindakan segera termasuk melakukan pembedahan. Bagaimanapun, penemuan kaedah baru dalam dunia perubatan moden untuk merawat penyakit berkenaan, pesakit terbabit tidak perlu melakukan pembedahan seperti yang biasa dilakukan di kebanyakan pusat rawatan penyakit buasir walaupun sudah mengalami tahap peringkat ketiga apabila ada sesuatu terkeluar daripada duburnya.
|
Pengarah Urusan Rachny Medication and Therapy (M) Sdn. Bhd., Hj Suhaimi Harun, berkata melalui kemajuan perubatan masa kini, pesakit berkenaan hanya perlu melakukan rawatan tanpa pembedahan atau suntikan untuk merawat penyakit yang dialami.
|
“Melalui rawatan yang dilakukan, mereka yang mengalami penyakit buasir walaupun pada peringkat ketiga tidak perlu melakukan pembedahan.
|
“Proses yang dilakukan adalah menggunakan teknologi terkini serta peralatan canggih dan hanya mengambil masa kira-kira tujuh hari untuk menggugurkan buasir itu,” katanya. Menurutnya, sebelum melakukan rawatan, setiap pesakit akan melalui proses pemeriksaan awal termasuk menggunakan penggambaran video berkomputer untuk mengesan keadaan penyakit dihadapi.
|
“Pemeriksaan awal itu penting sebelum melakukan proses rawatan terutama untuk mengetahui kedudukan buasir yang dihadapi oleh pesakit berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan. “Selain itu, tahap kesihatan pesakit berkenaan turut diperiksa. Jika pesakit mempunyai masalah jantung, kami tidak membenarkan mereka lakukan rawatan kerana khuatir boleh memberi kesan negatif,” katanya.
|
Hj. Suhaimi berkata, rawatan yang dilakukan itu tidak akan memberi sebarang kesakitan atau menyebabkan berlaku kudis di sekitar kawasan rawatan.
|