Bagaimanapun, perawat yang berasal dari Jerantut, Pahang Darul Makmur ini tidak pernah merasa jemu mendalami kaedah perubatan alternatif Ayurvedic dalam bidang ini.
| ||||||||||
Beliau tertarik dengan kaedah perubatan Ayurvedic kerana tidak menggunakan kandungan dadah dalam perubatan. Sebaliknya, ia menggunakan herba-herba dan akar-akar kayu. Bidang pengkhususan yang dipelajarinya ialah mengubati penyakit buasir dan resdung. Langkah tersebut diambil kerana boleh dikatakan kira-kira 50 peratus penduduk dunia terdedah kepada kedua-dua jenis penyakit itu, sekadar berat atau ringannya sahaja yang membezakan antara seseorang pesakit dengan yang lain.
| ||||||||||
Bagi pesakit resdung, beliau tidak begitu khuatir kerana ramai pengamal perubatan pesakit tersebut sama ada secara moden mahupun secara tradisional. Ini berbeza bagi rawatan penyakit buasir kerana tidak ramai perawatnya. Mungkin kerana penyakit itu agak sulit sedikit kerana ia melibatkan di tempat sulit pesakit sementara untuk mengubatinya juga agak sukar.
| ||||||||||
“Terus terang saya katakan, saya lebih berminat untuk mempelajari kaedah mengubati penyakit buasir kerana saya sendiri pernah mengalami penyakit itu dan tahu betapa peritnya pengalaman seorang pesakit buasir,” katanya baru-baru ini. Sebab itulah saya sanggup belajar secara serius tentangnya. Untuk mendalami lagi kaedah merawat penyakit buasir secara terperinci, saya telah mengundang seorang Professor dari Madras datang mengajar di sini dengan membayar gaji dan permit kerjanya,” katanya penuh yakin.
| ||||||||||
Menurut beliau, kaedah rawatan Ayurvedic bukan sahaja sesuai untuk mengubati penyakit buasir dan resdung. Malah, banyak penyakit lain boleh dirawat melalui kaedah tersebut seperti penyakit darah tinggi, jantung dan sebagainya. Bagaimanapun kerana pengkhususannya dalam kedua-dua bidang tersebut, rawatan yang diberikan hanya ditumpukan kepada penyakit buasir dan resdung. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah penyakit buasir dan apakah gejala (symptom) seseorang itu menghidap penyakit tersebut? “Buasir dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai “piles” atau “haemorrhoids,” adalah pembengkakan pada saluran darah di sebelah dalam atau keliling dubur. Pembengkakan itu boleh menyebabkan rasa sakit, berdarah, gatal-gatal dan rasa seperti sesuatu tergantung di dubur.
| ||||||||||
“Ada dua kategori penyakit buasir, ada buasir di luar dan ada di dalam. Pembengkakan yang menonjol di sebelah luar dubur, dipanggil buasir luar. Pembengkakan pada atau sekitar sebelah dalam dubur dipanggil buasir dalam. Buasir jenis luaran boleh ditolak kedalam dengan menggunakan jari, tetapi kadangkala cara ini tidak berkesan dan ia boleh terkeluar semula dengan sendirinya.
|