Menurut Hj. Suhaimi, seseorang penghidap penyakit buasir, apabila dibiarkan berterusan akan menyebabkan:
|
- Lemah tenaga batin.
|
- Muka pucat dan tidak bermaya.
|
- Cepat berasa tertekan dan cepat marah.
|
- Buasir di peringkat teruk boleh menyebabkan kanser.
|
|
Untuk mengelakkan buasir, beliau mengesyorkan setiap orang mengamalkan diet yang sesuai iaitu:
|
- Jangan terlalu kerap makan dan elakkan makan di antara waktu makan.
|
- Jangan mengambil makanan tidak berkhasiat seperti keropok dan minuman berkarbonat.
|
- Jangan makan makanan yang keras atau terlalu pedas.
|
- Makan makanan bersih dan baru dimasak untuk elak keracunan yang boleh menyebabkan buasir bertambah teruk.
|
|
Cara menghindar atau melegakan buasir:
|
- Pesakit disyorkan kerap membuang air besar.
|
- Jaga kebersihan diri terutama di kawasan dubur dan gunakan ubat buasir.
|
- Banyakkan meminum air.
|
- Amalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan sayu-sayuran dan buah-buahan untuk melancarkan sistem perkumuhan.
|
- Pesakit digalakkan mencuci kawasan dubur lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar.
|
- Pesakit juga boleh berendam dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.
|
- Jangan meneran ketika membuang najis.
|
- Perbaiki peredaran darah dengan melakukan senaman. Ketat dan kendurkan otot-otot di celah kaki sekerap mungkin secara perlahan-lahan. Kurangkan tekanan daripada rahim dengan meninggikan paha di atas bantal, atau melutut dengan cara bersujud beberapa saat.
|