PENYAKIT BUASIR JIKA TIDAK DIRAWAT BOLEH MEMBAWA MAUT

 

PENYAKIT BUASIR (Piles/Hemorrhoids) adalah berpunca dari keturunan ataupun sembelit di mana saluran/pembuluh darah pada bahagian tisu rektum (penghujung usus besar) yang membengkak serta mendatangkan kepedihan.  Ianya terhasil daripada perengangan berulang semasa pergerakan usus.

Penyakit yang terdapat di hati juga meningkatkan tekanan darah pada gerbang pembuluh darah di rektum juga menjadi punca buasir.  Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir kekal atau lebih dikenali dengan anus dan buasir yang terkeluar daripadanya. 

Bagi Hj. Suhaimi Harun, penyakit buasir harus diberi rawatan segera kerana ia bukan sahaja memberi  kesan ketidakselesaan dan kesakitan di bahagian dubur malah menjejaskan perhubungan suami isteri.

Menurutnya lagi, tanda-tanda awal yang menyebabkan buasir adalah sakit dan gatal-gatal di bahagian dubur, dubur kembang ketika membuang air besar serta ketumbuhan dibahagian dubur.

“Penghidap buasir bakal mengalami masalah badan yang tidak selesa terutamanya di bahagian dubur.  Ianya harus dirawat segera untuk mengelakkan bahagian dubur menjadi lebih parah dan jika dibiarkan saja boleh mengakibatkan maut.  “Buasir boleh dicegah hanya memakan ubat pada peringkat awal sahaja, tetapi sekiranya sudah di tahap kritikal, mengambil ubat bukanlah jalan terbaik sebaliknya perlu menerima rawatan yang rapi,” jelasnya.

Beliau yang melakukan rawatan buasir di kliniknya, memberi peluang kepada pesakit untuk memilih tiga kategori rawatan yang telah disediakan iaitu Rubber Banding atau Cryo Procedure (Ikat & tembak), IRC Laser (Reput, gugur & kecut) dan Scilerotheraphy (Suntik untuk mereputkannya/menggugurkan).

“Kaedah Cryo Procedure menggunakan cecair nitrogen yang berfungsi mereputkan bahagian buasir.  IRC Laser pula adalah kaedah rawatan yang menggunakan cahaya ultra untuk mengatasi penyakit itu.  Berlainan pula dengan rawatan Scilerotheraphy, ia hanya menggunakan kaedah suntikan,” jelas Hj. Suhaimi lagi.

Pesakit buasir bukanlah hanya tertumpu pada wanita yang sudah melahirkan anak sahaja malah turut dialami oleh kaum lelaki yang kuat bekerja serta kurang mengambil air minuman.

Di samping itu juga, Hj. Suhaimi juga turut memberikan pandangan perubatan mengenai buasir dan resdung yang disediakannya, di mana rawatan tersebut harus digabungkan melalui rawatan tradisional dan moden supaya lebih selari kerana kaedah rawatan tersebut harus bergantung antara satu sama lain.