KOLEKSI GAMBAR HJ. SUHAIMI HARUN


ANTARA PESAKIT BUASIR HJ. SUHAIMI HARUN

 


RAWATAN YANG DILAKUKAN OLEH HJ. SUHAIMI HARUN






KERATAN AKHBAR & MAJALAH


RAWATAN

Untuk merawat pesakit buasir, Hj Suhaimi menggunakan dua kaedah cara rawatan.  Pertama dengan menggunakan suntikan. Kedua menggunakan “Cryo Procedure”. Dengan menggunakan alat suntikan (Sclerosant Injection for Hoemorrhoids) buasir akan reput dan luruh dalam masa antara seminggu hingga 15 hari.

Bagaimanapun saya lebih suka menggunakan cara yang kedua iaitu menggunakan cara “Cryo Procedure” dengan alat-alat yang diperlukan terdiri daripada cryogen, alat forcep, rubber band dan gas cecair. Cara ini adalah dengan membekukan kawasan buasir dengan tembakan gas cecair menggunakan alat cryogun yang akan menyebabkan buasir reput dan gugur. Gas cecair yang ditembakkan itu mempunyai suhu -160 darjah Celcius.  Ia lebih sejuk dari ais tetapi hakikatnya wapnya terlalu panas hingga boleh mereputkan jari tangan,” cerita beliau.

RAWATAN menggunakan "Cryo Procedure" menurut Hj. Suhaimi, terpaksa dijalankan dengan pantas antara 20 minit ke setengah jam. Pesakit dibius terlebih dahulu supaya tidak terasa sakit apabila rawatan itu dijalankan. Dengan menggunakan peralatan forcep, buasir yang telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa biji mengikut ukuran besarnya, biasanya antara dua hingga tujuh atau lapan biji akan dijerut dengan lingkaran getah kecil. Setelah itu baru ditembak dengan cecair gas untuk mereputkannya. Proses rawatan cara ini menurut beliau, pesakit akan baik sepenuhnya dalam tempoh sebulan. Malam pertama setelah menjalani rawatan, pesakit akan berasa tidak selesa. Dengan menggunakan Cryogun, pengaliran darah ke buasir itu akan terhenti.

Kaedah proses suntikan pula dengan suntikan yang diberi nama “Sclerosant Injection” iaitu dengan menyuntikkan ubat pada buasir hingga ia reput dan gugur.  Proses ini boleh mengecut dan menggugurkan buasir dalam tempoh satu hingga dua minggu.  Cara ini pesakit akan merasakan kesakitan selama dua hingga tiga hari selepas rawatan,” jelas beliau.



KESAN-KESAN DARI PENYAKIT BUASIR

Menurut Hj. Suhaimi, seseorang penghidap penyakit buasir, apabila dibiarkan berterusan akan menyebabkan:
  1. Lemah tenaga batin.
  1. Muka pucat dan tidak bermaya.
  1. Cepat berasa tertekan dan cepat marah.
  1. Buasir di peringkat teruk boleh menyebabkan kanser.

Untuk mengelakkan buasir, beliau mengesyorkan setiap orang mengamalkan diet yang sesuai iaitu:
  1. Jangan terlalu kerap makan dan elakkan makan di antara waktu makan.
  1. Jangan mengambil makanan tidak berkhasiat seperti keropok dan minuman berkarbonat.
  1. Jangan makan makanan yang keras atau terlalu pedas.
  1. Makan makanan bersih dan baru dimasak untuk elak keracunan yang boleh menyebabkan buasir bertambah teruk.

Cara menghindar atau melegakan buasir:
  1. Pesakit disyorkan kerap membuang air besar.
  1. Jaga kebersihan diri terutama di kawasan dubur dan gunakan ubat buasir.
  1. Banyakkan meminum air.
  1. Amalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk melancarkan sistem perkumuhan.
  1. Pesakit digalakkan mencuci kawasan dubur lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar.
  1. Pesakit juga boleh berendam dalam air suam dua atau tiga kali  sehari untuk selama 15 minit.  Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.
  1. Jangan meneran ketika membuang najis.
  1. Perbaiki peredaran darah dengan melakukan senaman. Ketat dan kendurkan otot-otot di celah kaki sekerap mungkin secara perlahan-lahan. Kurangkan tekanan daripada rahim dengan meninggikan paha di atas bantal, atau melutut dengan cara bersujud beberapa saat.


BUASIR - PENYAKIT BIASA TAPI MENYEKSA

Bagaimanapun, perawat yang berasal dari Jerantut, Pahang Darul Makmur ini tidak pernah merasa jemu mendalami kaedah perubatan alternatif Ayurvedic dalam bidang ini.

Beliau tertarik dengan kaedah perubatan Ayurvedic kerana tidak menggunakan kandungan dadah dalam perubatan. Sebaliknya, ia menggunakan herba-herba dan akar-akar kayu. Bidang pengkhususan yang dipelajarinya ialah mengubati penyakit buasir dan resdung. Langkah tersebut diambil kerana boleh dikatakan kira-kira 50 peratus penduduk dunia terdedah kepada kedua-dua jenis penyakit itu, sekadar berat atau ringannya sahaja yang membezakan antara seseorang pesakit dengan yang lain. 

Bagi pesakit resdung, beliau tidak begitu khuatir kerana ramai pengamal perubatan pesakit tersebut sama ada secara moden mahupun secara tradisional. Ini berbeza bagi rawatan penyakit buasir kerana tidak ramai perawatnya. Mungkin kerana penyakit itu agak sulit sedikit kerana ia melibatkan di tempat sulit pesakit sementara untuk mengubatinya juga agak sukar.

“Terus terang saya katakan, saya lebih berminat untuk mempelajari kaedah mengubati penyakit buasir kerana saya sendiri pernah mengalami penyakit itu dan tahu betapa peritnya pengalaman seorang pesakit buasir,” katanya baru-baru ini. Sebab itulah saya sanggup belajar secara serius tentangnya. Untuk mendalami lagi kaedah merawat penyakit buasir secara terperinci, saya telah mengundang seorang Professor dari Madras datang mengajar di sini dengan membayar gaji dan permit kerjanya,” katanya penuh yakin.

Menurut beliau, kaedah rawatan Ayurvedic bukan sahaja sesuai untuk mengubati penyakit buasir dan resdung. Malah, banyak penyakit lain boleh dirawat melalui kaedah tersebut seperti penyakit darah tinggi, jantung dan sebagainya. Bagaimanapun kerana pengkhususannya dalam kedua-dua bidang tersebut, rawatan yang diberikan hanya ditumpukan kepada penyakit buasir dan resdung. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah penyakit buasir dan apakah gejala (symptom) seseorang itu menghidap penyakit tersebut?  “Buasir dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai “piles” atau “haemorrhoids,” adalah pembengkakan pada saluran darah di sebelah dalam atau keliling dubur. Pembengkakan itu boleh menyebabkan rasa sakit, berdarah, gatal-gatal dan rasa seperti sesuatu tergantung di dubur.

“Ada dua kategori penyakit buasir, ada buasir di luar dan ada di dalam.  Pembengkakan yang menonjol di sebelah luar dubur, dipanggil buasir luar. Pembengkakan pada atau sekitar sebelah dalam dubur dipanggil buasir dalam. Buasir jenis luaran boleh ditolak kedalam dengan menggunakan jari, tetapi kadangkala cara ini tidak berkesan dan ia boleh terkeluar semula dengan sendirinya.


Seseorang mungkin telah menghidap penyakit ini sejak bertahun-tahun tetapi masih tidak dapat dikesan sehinggalah gejala-gejalanya timbul. Antara gejala awal penyakit ini apabila seseorang membuang air besar terlalu keras dan lama menyebabkan tekanan pada saluran/urat darahnya membengkak dan mengeluarkan darah,” jelas Hj. Suhaimi.

Tanda-tanda dan gejala-gejala lain penyakit ini, selain rasa gatal pada saluran dubur, pesakit akan rasa kepanasan selepas membuang air besar. Kadang-kadang rasa berdenyut-denyut, sukar membuang air besar, tidak selesa ketika berdiri atau bertinggung lama. Kadang-kadang terdapat nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria. Disebabkan nanah juga saluran dubur boleh menjadi luka. Pendarahan juga kerap berlaku ketika membuang air besar.

“Pesakit buasir juga kerap berasa tidak puas ketika membuang air besar, walaupun setelah membuangnya. Kemudian dia terasa seakan ada benda tergantung di duburnya yang menyebabkan rasa kurang selesa,” tambah beliau lagi. Bagaimanapun, penyakit buasir adalah penyakit yang sangat biasa. Dikatakan ia amat biasa bagi negara-negara yang amalan pemakanan tradisinya lebih banyak makanan-makanan yang telah diproses dan kurang mengambil makanan berserat seperti ulam-ulam, buah-buahan segar dan sayuran hijau. Makanan-makanan yang dimasak terlalu lama atau makanan-makanan yang diproses, menyumbang kepada tekanan di dalam perut menyebabkan najis manjadi keras dan sukar untuk dikumuhkan. Ini menyumbang kepada pembengkakan urat darah di bahagian bawah usus ketika meneran.

Orang-orang yang sering mengalami sembelit, mudah mendapat penyakit buasir. Begitu juga wanita-wanita yang mengandungkan bayi sebab selain pertukaran hormon, janin didalam kandungan mungkin memberi tekanan pada urat darahnya. Begitu juga ketika bersalin kerana ketika meneran, tekanan yang kuat itu akan menyebabkan urat darah pada usus bawahnya membengkak dan terkeluar.

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan juga mengundang penyakit ini.  Begitu juga orang-orang yang selalu mengangkat barang-barang berat. Sementara 30 peratus daripada pesakit berpunca dari faktor genetik atau keturunan. Hampir setengah dari penduduk dunia mengalami penyakit ini menjelang usia 50 tahun.



RAWATAN BUASIR TANPA BEDAH

CARA HIDUP atau perbuatan mengambil makanan secara tidak terkawal boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah penyakit buasir yang boleh dikesan ketika atau setelah membuang air besar.

Antara kesan awal yang dialami oleh pesakit yang disyaki menghidap penyakit itu ialah berasa pedih ketika membuang air besar serta berlaku pendarahan.

Keadaan akan menjadi lebih teruk apabila pesakit terbabit kerap ke tandas dan ada sesuatu yang keluar daripada duburnya. Pada peringkat itu, keadaan mereka yang mengalaminya dianggap penghidap penyakit buasir peringkat kedua yang memerlukan rawatan segera bagi mengelak daripada mengalami kategori peringkat ketiga.  Bagi mereka yang mengalami keadaan peringkat ketiga, pesakit perlu mengambil tindakan segera termasuk melakukan pembedahan.  Bagaimanapun, penemuan kaedah baru dalam dunia perubatan moden untuk merawat penyakit berkenaan, pesakit terbabit tidak perlu melakukan pembedahan seperti yang biasa dilakukan di kebanyakan pusat rawatan penyakit buasir walaupun sudah mengalami tahap peringkat ketiga apabila ada sesuatu terkeluar daripada duburnya.

Pengarah Urusan Rachny Medication and Therapy (M) Sdn. Bhd., Hj Suhaimi Harun, berkata melalui kemajuan perubatan masa kini, pesakit berkenaan hanya perlu melakukan rawatan tanpa pembedahan atau suntikan untuk merawat penyakit yang dialami.

“Melalui rawatan yang dilakukan, mereka yang mengalami penyakit buasir walaupun pada peringkat ketiga tidak perlu  melakukan pembedahan.

“Proses yang dilakukan adalah menggunakan teknologi terkini serta peralatan canggih dan hanya mengambil masa kira-kira tujuh hari untuk menggugurkan buasir itu,” katanya. Menurutnya, sebelum melakukan rawatan, setiap pesakit akan melalui proses pemeriksaan awal termasuk menggunakan penggambaran video berkomputer untuk mengesan keadaan penyakit dihadapi.

“Pemeriksaan awal itu penting sebelum melakukan proses rawatan terutama untuk mengetahui kedudukan buasir yang dihadapi oleh pesakit berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.  “Selain itu, tahap kesihatan pesakit berkenaan turut diperiksa. Jika pesakit mempunyai masalah jantung, kami tidak membenarkan mereka lakukan rawatan kerana khuatir boleh memberi kesan negatif,” katanya.

Hj. Suhaimi berkata, rawatan yang dilakukan itu tidak akan memberi sebarang kesakitan atau menyebabkan berlaku kudis di sekitar kawasan rawatan.



 

PERUBATAN KAEDAH BARU RAWAT BUASIR

PERUBATAN berkaitan buasir dan resdung, menggunakan teknologi terkini bagi merawat penyakit itu, cuma mengambil masa tujuh hari untuk disembuhkan. Melalui kemajuan perubatan masa kini, pesakit buasir tidak perlu melakukan pembedahan atau suntikan untuk merawat penyakit seperti yang biasa dilakukan.

“Penemuan baru dalam dunia perubatan moden memerlukan pembedahan kerana ramai pesakit terbabit tidak mahu melakukan pembedahan kerana boleh memberi kesan negatif kepada mereka. Mereka yang mengalami penyakit buasir hanya perlu melakukan rawatan menggunakan teknologi canggih dan mengambil masa kira-kira tujuh hari untuk menggugurkan buasir itu.  “Setiap pesakit akan melalui proses pemeriksaan awal termasuk menggunakan penggambaran video berkomputer untuk mengesan keadaan penyakit yang dihadapi serta tahap kesihatan mereka sama ada bersedia atau tidak untuk melakukan rawatan,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan awal penting bagi memastikan kedudukan buasir kerana ia dikategorikan  kepada tiga tahap (United Kingdom). “Mereka yang sudah mengalami tahap ketiga iaitu boleh dianggap tahap kritikal perlu melakukan rawatan segera untuk membuang buasir itu supaya tidak memberi kesan berpanjangan. “Walaupun pesakit itu sudah mencapai tahap penyakit peringkat ketiga, namum kami tidak akan melakukan pembedahan untuk membuang buasir berkenaan kerana khuatir boleh memberi kesan negatif pada diri mereka,”katanya.

Hj. Suhaimi berkata, rawatan yang dilakukan itu tidak akan memberi sebarang rasa sakit atau menyebabkan berlaku kudis di sekitar kawasan rawatan. Menurutnya, tiada suntikan akan dilakukan kepada pesakit terbabit seperti yang banyak dilakukan oleh pusat rawatan lain kerana merawat penyakit buasir. Mereka yang berminat boleh menghubungi Hj. Suhaimi di talian 019-2059998 atau E-Mail: hjsuhaimiharun@gmail.com.

Buasir adalah penyakit yang berlaku di bahagian dubur dan dapat dikesan apabila saluran dubur bengkak sehingga menyebabkan pesakit terbabit tidak selesa. Mereka yang sering mengalami pendarahan dan kesakitan ketika membuang air besar boleh dianggap berada dalam keadaan serius dan perlu melakukan rawatan bagi memastikan penyakit itu tidak terus berkembang sehingga boleh menyebabkan kanser.

Ada dua jenis buasir iaitu buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur dan buasir luaran. Ia berlaku apabila bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur dan kedua-dua jenis buasir itu boleh berlaku secara berasinggan atau serentak.  Buasir juga berlaku pada wanita terutama di kalangan ibu mengandung apabila bayi membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah di kawasan dubur. 

Tanda awal penyakit buasir ialah apabila pesakit berkenaan rasa gatal pada lubang dubur, kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar, rasa sakit berdenyut-denyut, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.


PENYAKIT BUASIR JIKA TIDAK DIRAWAT BOLEH MEMBAWA MAUT

 

PENYAKIT BUASIR (Piles/Hemorrhoids) adalah berpunca dari keturunan ataupun sembelit di mana saluran/pembuluh darah pada bahagian tisu rektum (penghujung usus besar) yang membengkak serta mendatangkan kepedihan.  Ianya terhasil daripada perengangan berulang semasa pergerakan usus.

Penyakit yang terdapat di hati juga meningkatkan tekanan darah pada gerbang pembuluh darah di rektum juga menjadi punca buasir.  Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir kekal atau lebih dikenali dengan anus dan buasir yang terkeluar daripadanya. 

Bagi Hj. Suhaimi Harun, penyakit buasir harus diberi rawatan segera kerana ia bukan sahaja memberi  kesan ketidakselesaan dan kesakitan di bahagian dubur malah menjejaskan perhubungan suami isteri.

Menurutnya lagi, tanda-tanda awal yang menyebabkan buasir adalah sakit dan gatal-gatal di bahagian dubur, dubur kembang ketika membuang air besar serta ketumbuhan dibahagian dubur.

“Penghidap buasir bakal mengalami masalah badan yang tidak selesa terutamanya di bahagian dubur.  Ianya harus dirawat segera untuk mengelakkan bahagian dubur menjadi lebih parah dan jika dibiarkan saja boleh mengakibatkan maut.  “Buasir boleh dicegah hanya memakan ubat pada peringkat awal sahaja, tetapi sekiranya sudah di tahap kritikal, mengambil ubat bukanlah jalan terbaik sebaliknya perlu menerima rawatan yang rapi,” jelasnya.

Beliau yang melakukan rawatan buasir di kliniknya, memberi peluang kepada pesakit untuk memilih tiga kategori rawatan yang telah disediakan iaitu Rubber Banding atau Cryo Procedure (Ikat & tembak), IRC Laser (Reput, gugur & kecut) dan Scilerotheraphy (Suntik untuk mereputkannya/menggugurkan).

“Kaedah Cryo Procedure menggunakan cecair nitrogen yang berfungsi mereputkan bahagian buasir.  IRC Laser pula adalah kaedah rawatan yang menggunakan cahaya ultra untuk mengatasi penyakit itu.  Berlainan pula dengan rawatan Scilerotheraphy, ia hanya menggunakan kaedah suntikan,” jelas Hj. Suhaimi lagi.

Pesakit buasir bukanlah hanya tertumpu pada wanita yang sudah melahirkan anak sahaja malah turut dialami oleh kaum lelaki yang kuat bekerja serta kurang mengambil air minuman.

Di samping itu juga, Hj. Suhaimi juga turut memberikan pandangan perubatan mengenai buasir dan resdung yang disediakannya, di mana rawatan tersebut harus digabungkan melalui rawatan tradisional dan moden supaya lebih selari kerana kaedah rawatan tersebut harus bergantung antara satu sama lain.